SUBUH WARRIOR : BADAN SADO TAPI SUBUH KELAUT?

JOM SOLAT SUBUH BERJEMAAH

WAH…. GANAS BETUL TAJUK 🙂 kan.. mesti terasa jika anda suka abaikan solat, jangan marah saya,

Saya hanya menyampaikan sahaja. saya sayang anda semua, ayuh.. azamkan diri kita, ISTIQOMAH DALAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH… jom.. penuhi surau dan masjid berdekatan rumah anda.


Siapa Orang yang Kuat?

Ramai yang menganggap kekuatan terletak pada kekuatan fizikal sahaja. Maka, ada yang sanggup berlatih berjam-jam dan berhempas pulas menghabiskan bertahun-tahun usianya untuk menguasai pelbagai seni bela diri.

TETAPI

ramai yang lupa kekuatan dalaman turut menjadi aspek penting untuk menjadi orang yang kuat.


 


TIPS MENJADI SUBUH WARRIOR


1. Ikhlaskan Niat.

  • Hanya niat ikhlas kerana Allah, segala penat, liat, mengantuk dan empukkan tilam mampu ditepis dengan mudah. Tetapi, ikhlaskan niat ini macam mana? Okey, lain orang lain cara.
  • Namun cara paling mudah orang nak faham ialah sebelum tidur, duduk seketika sebelum baring.
  • Niatkan dalam hati hendak bangun Subuh di awal waktu.
  • Untuk yang selalu terlepas Subuh, boleh lah mulakan niat untuk bangun Subuh dahulu.
  • Kemudian baru upgrade hendak solat di awal waktu. Niat sungguh-sungguh. Doa terus lagi bagus.
  • Dalam doa itu, selitkan juga ayat ini, “Ya Allah, kejutkan aku untuk bangun Subuh. Aku mahu berubah. Kejutkan aku Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon perlindungan dan pertolongan”, atau hendak buat ayat sendiri pun boleh asalkan maksudnya bahawa kita bersungguh hendak bangun Subuh.

2. Taubat.

  • Yang ini, ramai menganggap kalau hendak bertaubat, kena bangun tengah malam, buat solat taubat dan sebagainya. Maka dengan mentaliti sebegini, ramai menganggap leceh.
  • Sebenarnya, hendak bertaubat, hanya beristighfar dan memikirkan kesalahan-kesalahan lalu, dan menyesalinya sudah dikira bertaubat.
  • Dan solat taubat sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja cuma afdal solat taubat di tengah malam. Maka tidaklah leceh sebenarnya. Kita sahaja yang mencari alasan.
  • Tidak tahu bagaimana hendak solat taubat? Tekan sini. Harap ia membantu. Untuk yang doa itu, doa dalam bahasa Melayu pun boleh asalkan kita ikhlas berdoa pada Allah. Kalau hendak doa dalam bahasa Arab boleh juga, cuma kita lagi feel kalau doa dengan ayat yang kita sendiri faham (sebab Hana faham tidak semua fasih bahasa Arab atau tidak semua faham doa yang selalu dibaca. Kalau yang memang betul-betul faham itu teruskan) Banyakkan bertaubat, dan bangkitlah daripada kesilapan lalu untuk tidak mengulanginya semula. Sentiasa memperbaharui taubat agar ia menjadi pemangkin semangat juang. Ketahuilah, air mata taubat ‘seorang pahlawan’ itu lebih mahal daripada segala keseronokan di dunia ini.

3. Cari Rakan Seperjuangan.

  • Kalau di gelanggang ada ‘rakan sparring‘, maka begitulah untuk bangun Subuh.
  • Wujudkan komuniti kecil yang sama-sama bermujahadah untuk bangun awal dan berjemaah bersama. Bagaimana? Contohnya, kalau student, usaha lah dengan roommate supaya bangun Subuh awal.
  • Kalau dia bangun awal, minta lah dia kejutkan. Kalau anda yang bangun awal, kejutkanlah dia.
  • Sama-sama saling tolong-menolong. Ataupun, minta lah mana-mana kawan yang memang kita yakin dia bangun awal, suruh kejutkan kita.
  • Bagaimana ‘kawan’ itu tidak tinggal berdekatan dengan kita? Apa susah.
  • Sekarang teknologi canggih ini, whatsapp minta dia kejutkan korang dengan call korang pagi itu.
  • Tetapi, jangan lah harapkan dia sahaja. Kita sendiri pun kena usaha.

4. Pasang Penggera.

  • Set penggera seawal 10-15 minit sebeblum azan Subuh. Kini lebih mudah lagi, di smartphone pun ada penggera. Kalau macam saya, saya setkan penggera dengan lagu yang bungi ayam.. hehe (kok ko kok kokkk).
  • Nak bangun punya pasal. Kadang-kadang kalau kita tidak bangun juga, roommate yang terbangun disebabkan penggera kita, boleh lah dia kejutkan kita.
  • (Tetapi sila bawa bincang dengan roommate. Karang, tidak pasal-pasal ada smartphone kena baling luar tingkap).
  • Also, kalau saya, saya selalu bangun 30  minit sebelum azan Subuh. Sebab saya jenis yang mandi sebelum solat. Bila diri kita pun bersih, maka kita solat pun dengan hati yang tenang. Nak jumpa Allah, kenalah cantik.
  • Takkan hendak jumpa Allah dengan air liur basi. Tetapi, ikut diri sendiri. Yang mana anda selesa.
  • Kalau mampu bangun awal macam itu, mandilah dahulu.
  • Kalau tidak mampu, maka 10-15 minit sebelum azan pun okey.

5. Disiplin Elak Makan Lewat Malam.

  • Haaaaa……….. siapa yang suka makan lewat malam ini? Ish ish ish.
  • Makan lewat malam bukan sahaja tambahkan berat badan,
  • malah boleh mengakibatkan kelesuan dan kemalasan untuk bangkit awal pada keesokan pagi.
  • Begitu juga dengan minuman berkafein, kerana akan menyukarkan kita untuk tidur awal.
  • Siapa yang selalu makan lewat malam itu cuba ubah. Tidak elok.

6. Latih Tubi Tidur Amal.

  • Sebenarnya mudah sahaja untuk tidur awal, cuma disebabkan kelalaian dan suasana persekitaran kita yang lebih ‘menghidupkan’ malam, maka sunnah tidur awal selepas isyak memang sukar untuk dilaksanakan.
  • Maka, latih tubi! Cuba untuk tidur awal setiap hari. Saya dahulu pun selalu sangat tidur lewat semasa zaman student, tetapi lama kelamaan alhamdulillah kembali normal dan pandai urus masa tidor 🙂
  •  Akibatnya, keesokan hari saya mengantuk sangat.
  • Tetapi selepas jadi pelajar universiti ini, saya memang setiap hari paling lewat tidur pukul 11 malam (selalunya pukul 10 dah tidur) and then bangun pukul 3 pagi, buat apa yang patut, siapkan assignment, ulang kaji. Sangat membantu sebenarnya! Tetapi sebagai Scient Comp student, ada beberapa hari dalam seminggu yang saya terpaksa tidak tidur langsung sebab hendak siapkan project kikikiki

7. Semangat Juang.

  • Tanamkan semangat juang dengan ilmu kesedaran.
  • Hanya dengan ilmu akan terhasillah the big why untuk bangun awal dan terus konsisten mengamalkannya.
  • Kalau ada satu ketika rasa jemu, ingatlah balik janji syurga Allah.
  • Nak lagi semangat, ingatlah, ajal maut itu bila-bila masa sahaja.
  • Bayangkan sekiranya kita mati pagi esoknya.
  • Subuh pun tidak, sudah yakinkah tiada seksaan menanti di alam kubur dan akhirat sekiranya kita mati dalam keadaan begitu?

Semoga tips ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang-orang yang membaca ini. Semoga berjaya dan marilah berusaha bersama-sama menjadi pahlawan sejati, pahlawan perkasa, “Subuh Warrior”! Semoga Allah merahmati usaha anda semua.

Okeylah, sampai sini sahaja saya nak kongsikan dalam entri ini. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment 🙂 Kalau pertanyaan itu, kalau saya dapat jawab saya jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada ustaz-ustazah
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Saya harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~

Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai “subuh gajah”

Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com
Kata Mutiara Islam
Kata Mutiara Islam-Blogsport.com

 

sumber : http://hanacorner.blogspot.com

 


SAMPLE WEBSITE E-COMMERCE

Anda boleh ke www.FendiPro.com untuk lebih lanjut

#SAMPLE 1
http://lenshop.fendipro.com

#SAMPLE 2
http://shop1.fendipro.com

#SAMPLE 3
https://shop3.fendipro.com/shop

#SAMPLE 4
http://shop2.fendipro.com</a

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp