FOOTBALL : VIETNAM BERJAYA PIALA SUZUKI AFF 2018

Dah juara baru pesta…

KUALA LUMPUR: Tiada pesta besar-besaran disambut skuad Vietnam walaupun berjaya menamatkan penantian selama 10 tahun mereka untuk mara ke final Piala AFF.

Image result for aff suzuki cup 2018 final

Vietnam muncul juara buat kali pertama pada 2008 dan itulah kali terakhir mereka beraksi di pentas final selepas gagal meloloskan diri dalam empat edisi berikutnya, walaupun tiga kali melangkah ke separuh akhir.

Melihat kepada penantian selama sedekad, skuad Naga Emas yang dibimbing Park Hang-Seo seharusnya sudah boleh meraikan kejayaan mereka mara ke final pada edisi kali ini selepas mengatasi Filipina dengan agregat 4-2 di separuh akhir.

Sebaliknya, Naga Emas dilihat hanya akan berpesta besar-besaran sekiranya mereka berjaya menundukkan Malaysia di final untuk menjuarai Piala AFF buat kali kedua.

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam berkata, pasukannya kini lebih memberi fokus untuk berdepan Malaysia pada aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

“Tiada pesta atau minum-minum buat kami dan kami sudah meraikan di dalam bilik persalinan,” kata Van Lam.

“Sudah pasti kami sangat gembira apabila berjaya mara ke final, tapi sekarang ini kami perlu menumpukan kepada perlawanan seterusnya.”

Dalam dua pertemuan terakhir Piala AFF, Vietnam berjaya menundukkan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan – menang 1-0 pada 2016 dan 2-0 pada edisi kali ini.

Namun, jika melihat kepada rekod pertemuan dalam aksi timbal balik, ia jelas menjadi milik Harimau Malaya apabila dua kali menyingkirkan Naga Emas di separuh akhir pada 2010 dan 2014.

Selain itu, Van Lam turut mengakui Harimau Malaya bakal tampil dengan persembahan berbeza berbanding ketika aksi peringkat Kumpulan A di Stadium My Dinh, Hanoi, bulan lalu.

“Malaysia adalah pasukan yang bagus dan ia akan menjadi final yang hebat. Kami sudah berdepan mereka di peringkat kumpulan, jadi kami tunggu dan lihat bagaimana persiapan yang mahu dilakukan jurulatih,” katanya.

sumber Hmetro


SAMPLE WEBSITE E-COMMERCE

Anda boleh ke www.FendiPro.com untuk lebih lanjut

#SAMPLE 1
http://lenshop.fendipro.com

#SAMPLE 2
http://shop1.fendipro.com

#SAMPLE 3
https://shop3.fendipro.com/shop

#SAMPLE 4
http://shop2.fendipro.com

#SAMPLE 5
http://wedding.fendipro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp